Tuesday, June 26, 2012

Sembunyi dalam selimut

KOTA BHARU - Tindakan licik seorang wanita warga asing menyembunyikan diri dalam gulungan selimut di sebalik gantungan baju, berjaya dikesan penguat kuasa Imigresen dalam serbuan di sebuah rumah kongsi di Jeli semalam.

Wanita itu merupakan antara 47 pendatang tanpa izin (Pati) yang ditahan dalam operasi pemutihan (6P) kira-kira jam 2 pagi.

Pengarah Imigresen Kelantan, Mahasan Mustafa berkata, daripada jumlah terbabit, 41 merupakan warga Indonesia, 1 Mnyamar, 4 Bangaldesh dan 1 Vietnam.

“Kesemua yang ditahan berusia dalam linkungan umur 30 hingga 48 tahun yang terdiri daripada 38 lelaki dan sembilan wanita.

“Setakat ini kesemua pati akan di bawa ke depot tahanan Imigresen Tanah Merah untuk ditahan selama 14 hari bermula hari ini (semalam) sebelum dirujuk kepada pihak pendakwaraya untuk tindakan susulan,” katanya kepada pemberita di pejabat Imigresen Telipot semalam.

Mahasan berkata, pati yang di tahan melakukan pelbagai kesalahan termasuk tinggal di negeri ini tanpa dokumen yang sah di samping lebih had masa yang ditetapkan walaupun mempunyai pas kerja.

“Sepanjang operasi yang dilakukan dari April sehingga semalam, kita berjaya menahan 715 pati dengan pelbagai kesalahan.

“Daripada jumlah itu, kita juga turut memeriksa 5,155 pati yang bekerja di negeri ini bagi mengenal pasti sama ada mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan akan terus menjalankan operasi dari masa ke semasa.

Beliau berkata, operasi terbabit dilakukan bagi memastikan pati dapat masuk ke negara ini secara sah dan mematuhi undang-udang yang ditetapkan oleh Kerajaan sebelum datang bekerja di sini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...