Monday, June 25, 2012

Remaja pandu Porsche disaman



BANDARAYA MELAKA - Seorang remaja memandu kereta jenis Porsche Carrera 911 antara 56 disaman kerana tidak mempamerkan pelekat ‘P’ dalam operasi oleh penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, malam kelmarin.


Remaja berusia 19 tahun memandu Porsche Carrera 911 ini, antara yang disaman kerana tidak mempamerka Remaja berusia 19 tahun yang memandu kenderaan bernilai lebih setengah juta ringgit itu disaman dalam Ops Pengarah selama tiga jam, bermula jam 9 malam di Jalan Tun Abdul Razak berhadapan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), di sini.

Pengarahnya, Mohd Fadhil Hassan berkata, seorang pembantu restoran berusia 24 tahun turut ditahan kerana menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dengan nombor pendaftaran palsu.

“Suspek mempunyai lesen memandu yang sah tetapi pemeriksaan terhadap motosikal yang didakwanya milik majikan mendapati nombor casis dan enjin didaftar atas motosikal lain iaitu jenis Honda EX5.

“Suspek yang disyaki menunggang motosikal curi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, bagaimanapun saya difahamkan pemeriksaan awal terhadapnya mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang media selepas operasi.

Menurutnya, motosikal terbabit disita bersama enam motosikal dan sebuah kereta yang lain.

“Semua tujuh motosikal dan sebuah kereta yang disita adalah hasil pemeriksaan terhadap 461 kenderaan dalam operasi disertai 77 anggota.

“Sebanyak 125 kesalahan dikesan namun hanya 56 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk 11 tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh dan 37 pengguna tiada lesen memandu,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 67 kes kesalahan teknikal ialah cermin gelap (42), lampu HID (empat) dan nombor pendaftaran 19 kesalahan iaitu kereta (14) dan motosikal (lima) serta dua lagi lain-lain kesalahan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...