Saturday, July 28, 2012

DAP tetap tentang hudud, kata Karpal

0 comments
Pengerusi DAP, Karpal Singh Pengerusi DAP, Karpal Singh
AIR ITAM - DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.

“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai  pelaksanaan hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.

“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.

“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut memberi amaran kepada MCA agar tidak berterusan memainkan isu hukum hudud di negara ini kerana menyifatkannya sebagai membuang masa dan tidak akan dilaksanakan.

“Hentikanlah apa yang dikatakan. Perkara ini (pelaksanaan hudud) tidak akan di laksanakan di negara ini.

“Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan namun perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali," katanya ketika mengulas kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok yang mendakwa Karpal sebagai orang menurut perintah ( yes man) kepada Pas.

Seng Kok turut menggesa Guan Eng dan Kit Siang supaya meletak jawatan kerana gagal menghalang matlamat Pas dari meneruskan cita-cita itu.

______________________________________________________________________________

Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. 

Sunday, July 22, 2012

9 Jenis Kecerdasan Manusia Yang Kita Tak Pernah Tahu..

0 comments
Haa..Selama korang hidup ni, pernah tak korang tahu yang manusia ada 9 jenis tahap kecerdasan yang berbeza? Mesti tak pernah kan? Bagi yang pernah dengar pasal ni, agak-agak dah berapa banyak tahap kecerdasan yang korang dah kuasai? Kalau banyak tu bagus lah, makna nya otak korang memang cerdas..

Tapi tak semestinya diorang yang tak banyak mengusai kecerdasan otak tu tak bagus..Mungkin jenis orang macam tu cuma ambik kecerdasan yang diorang rasa berguna atau penting sahaja..Boleh jadi kan? So, bagi korang yang nak tahu apa jenis tahap kecerdasan yang manusia ni ada atau nak check apa tahap kecerdasan yang korang dah kuasai selama ni, meh baca kat bawah ni =D

1. Kecerdasan Linguistik

Kecerdasan dalam mengolah kata-kata secara efektif baik bicara ataupun menulis (jurnalis, penyair, pengacara)

Ciri-ciri :
- Dapat berargumentasi, meyakinkan orang lain, menghibur atau mengajar dengan efektif lewat kata-kata
- Gemar membaca dan dapat mengertikan bahasa tulisan dengan jelas

2. Kecerdasan Matematis-Logis

Kecerdasan dalam hal angka dan logika (ilmuwan, akauntan, programmer)

Ciri-ciri :
- Mudah membuat klasifikasi dan kategorisasi
- Berfikir dalam pola sebab dan akibat, mencipta hipotesis
- Pandangan hidupnya bersifat rasional

3. Kecerdasan Visual-Spasial

Kecerdasan yang mencakupi fikiran dalam gambar, serta mampu untuk menyerap, mengubah dan mencipta kembali berbagai aspek visual (arkitek, fotografer, designer, pilot)

Ciri-ciri :
- Kepekaan tajam untuk detail visual, keseimbangan, warna, garis, bentuk dan ruang
- Mudah mengira jarak dan ruang
- Membuat sketsa idea dengan jelas

4. Kecerdasan Kinestetik-Jasmani

Kecerdasan menggunakan tubuh atau gerak tubuh untuk mengekspresikan gagasan dan perasaan (atlet, menjahit, membuat model)

Ciri-ciri :
- Menikmati kegiatan fizikal (olahraga)
- Tak suka duduk diam
- Berminat dengan segala sesuatu

5. Kecerdasan Musikal


Kecerdasan untuk mengembangkan, mengekspresikan dan menikmati segala bentuk musik dan suara (konduktor, pencipta lagu, penyanyi dsb)

Ciri-ciri :
- Peka nada dan menyanyi lagu dengan tepat
- Dapat mengikuti irama
- Mendengar musik dengan ketajaman yang tinggi

6. Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan untuk mengerti dan peka terhadap perasaan, intensi, motivasi, watak orang lain (networker, pakar runding, guru)

Ciri-ciri :
- Menghadapi orang lain dengan penuh perhatian, terbuka
- Menjalin kontak mata dengan baik
- Menunjukkan empati pada orang lain
- Mendorong orang lain berkongsi kisahnya

7. Kecerdasan Intrapersonal

Kecerdasan pengetahuan akan diri sendiri dan mampu bertidak secara adaptif berdasar pengenalan diri (kaunselor, teolog)

Ciri-ciri :
- Membezakan berbagai macam emosi
- Mudah mengakses perasaan sendiri
- Menggunakan pemahamannya untuk memperkaya dan membimbing hidupnya
- Muhasabah diri dan suka meditasi
- Lebih suka kerja sendiri

8. Kecerdasan Naturalis

Kecerdasan memahami dan menikmati alam dan menggunakanya secara produktif dan mengembangkan pengetahuan berkaitan alam semulajadi.
(petani, nelayan, pendaki, pemburu)

Ciri-ciri :
- Mencintai alam sekitar atau kerja lapangan
- Mampu mengenali sifat dan tingkah laku binatang
- Senang kegiatan di luar (alam)

9. Kecerdasan Eksistensial

Kecerdasan untuk menjawab persoalan-persoalan dalam eksistensi atau peradaban manusia (falsafah, teologi,)

Ciri-ciri :
- Mempertanyakan hakikat segala sesuatu
- Mempertanyakan peradaban mengenai diri sendiri di alam/ dunia.

Macam mana? Korang rasa-rasa korang tergolong dalam jenis pemikiran yang mana satu? =D

Saturday, July 14, 2012

Himpunan Oren: Anak serah memo kepada istana

0 comments
Himpunan Oren: Kawasan Masjid Wilayah, Kompleks Wilayah jadi tumpuan Peserta mula bergerak dengan diketuai Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Himpunan Oren: Kawasan Masjid Wilayah, Kompleks Wilayah jadi tumpuan
Sebahagian peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda bersama sepanduk di kawasan berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan.
Himpunan Oren: Kawasan Masjid Wilayah, Kompleks Wilayah jadi tumpuan
Gerai-gerai yang dibuka sempena Himpunan Oren Selamatkan Felda di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan.
 
KUALA LUMPUR - Kawasan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kini menjadi tumpuan dengan pihak polis mempertingkatkan kawalan menjelang Himpunan Oren Selamatkan Felda petang ini.

Pukul 12 tengah hari, dua bas dinaiki peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda tiba di pekarangan masjid.
Sementara itu, orang bukan Islam telah berkumpul di Kompleks Mahkamah.

Pukul 1.15 tengah hari, kelihatan beberapa khemah telah didirikan untuk menjual baju berwarna oren dan hijau.
Menurut polis, pihaknya akan menutup beberapa jalan di sekitar Jalan Duta menuju ke masjid dan kompleks mahkamah bagi memberi laluan kepada Himpunan Oren Selamatkan Felda.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah,  Jalan Duta Mas Satu dan Sri Hartamas akan ditutup secara berperingkat sepanjang perhimpunan tersebut diadakan.

Menurutnya, pihaknya akan membuat lencongan jalan untuk pengguna jalan raya lain.

"Peserta perhimpunan akan berkumpul di tempat letak kereta Mahkamah Jalan Duta sebelum berarak ke pintu tiga Istana Negara.

"Kita menganggarkan 3,000 peserta akan menyertai perhimpunan ini," katanya pada taklimat media di perkarangan Mahkamah Jalan Duta, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu khuatir kerana tiada laluan trafik akan berlaku.
Beliau berkata, anggotanya akan mengawal dan memantau keadaan bagi mengelakkan kejadian yang boleh menggugat keamanan.

Zakaria berkata, hasil perbincangan tiga kali dengan penganjur Himpunan Oren iaitu pada 6, 9 dan 13 Julai lalu, hanya lapan wakil mereka dibenarkan untuk memasuki pintu tiga Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

Menurutnya, peserta himpunan tersebut boleh menunggu lebih kurang satu kilometer daripada pintu Istana Negara semasa wakil mereka menyerahkan memorandum.

Himpunan tersebut yang dianjurkan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut penganjur dianggarkan lebih 20,000 orang akan menyertai himpunan tersebut.
Sementara itu, pada jam 1.40 petang, kelihatan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat, tiba di pekarangan masjid bersama Unit Amal Pas untuk melepaskan perarakan Himpunan Oren Selamatkan Felda.

Pada jam 2 petang, peserta bergerak ke Kompleks Mahkamah.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, mereka bersama menyokong perhimpunan ini terdiri daripada pelajar Universiti Malaya, Universiti Selangor, dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Tujuan kami sertai kerana ini isu rakyat, tak patut kaitkan dengan mainan politik, kami sokong warga Felda seperti orang lain," katanya ketika ditemui di pekarangan masjid.

Sekitar jam 2.15 petang, turut kelihatan hadir ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang turut dikenali sebagai "Mat Sabu".

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman memberi ucapan dan taklimat kepada peserta perhimpunan sebelum perarakan, yang diketuai oleh Mat Sabu.

Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan seperti Teras, Abim, Peneroka Malaysia, Paksi, Gamis juga sertai bersama.
Pada jam 2.30 petang, sekitar 4,000 peserta termasuk wakil beberapa pertubuhan NGO telah tiba di kawasan Jalan Dutamas 1 untuk menyertai perarakan penyerahan memorandum di Istana Negara.

Dalam ucapannya, Mat Sabu berkata, rakyat telah muak dengan kepimpinan Barisan Nasional dan perarakan ini adalah masa untuk menumbangkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

"Hari ini kita berada di sini untuk luahakan suara rakyat, jangan main dengan mandat rakyat.

"Isa Samad perlu undur, rakyat akan beri mandat kepada kerajaan yang mereka percayai," katanya.
Mat Sabu berkata, Pakatan Rakyat mahu melindungi orang Melayu dan tanah peneroka Felda bagi menjamin kebaikan serta kepentingan peneroka-peneroka terpelihara.

Pada jam 3.15, lapan wakil Himpunan Oren Selamatkan Felda mula bergerak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum tersebut.
Pada jam 3.30 petang lapan wakil yang disertai Mat Sabu telah kembali ke Jalan Dutamas 1.

Beliau berkata, seramai enam daripada lapan wakil perhimpunan itu telah dibenarkan masuk ke dalam kawasan Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

"Kami telah menyerahkan memorandum kepada pihak istana dan harap kami mendapat keputusan yang baik, Insya-Allah," katanya.

Dalam pada itu, pada Jam 4 petang peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda telah bersurai dengan aman tanpa mempunyai provokasi.

Sementara itu, pihak polis telah meminta semua peserta mengosongkan jalan yang dilalui mereja bagi memberi laluan kepada kenderaan seperti biasa.

Thursday, July 12, 2012

Che Hasnah nekad enggan rujuk | Bercerai kerana perbezaan fahaman politik |

0 comments
PASIR MAS – Seorang guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad yang dicerai talak satu oleh bekas suaminya, Yahaya Ibrahim kerana perbezaan parti politik kelmarin bertekad tidak mahu rujuk semula dengan lelaki itu.

Menurut Che Hasnah, 61, dia lebih senang duduk sendirian daripada asyik bertengkar mengenai politik dengan Yahaya, 78.

“Saya dah tak nak kalau dia nak rujuk. Selepas bercerai, saya lebih senang untuk buat apa sahaja dan nak pergi ke mana sahaja yang saya suka.

“Ketika berkahwin dengannya dulu pun kami menetap di rumah saya dan saya akan terus tinggal di sini serta melakukan aktiviti yang saya buat dari dulu lagi iaitu mengajar al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dalam pada itu, Che Hasnah turut menyatakan bahawa dia masih bingung dengan tuduhan suaminya yang mengatakan dirinya sesat serta tidak mengamalkan ajaran Islam dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal.

“Saya seorang guru al-Quran sejak sekian lama iaitu sebelum berkahwin dengan dia lagi. Saya ada lebih 100 orang murid dan kalau saya sesat, orang tak akan datang belajar dengan saya.

“Saya tahu mengenai al-Quran, saya sembahyang, saya mengikuti segala ajaran Islam, saya buat semua tuntutan agama kecuali menyertai Pas,” ujarnya.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun usia perkahwinannya, dia dan suami tidak pernah bergaduh kecuali berselisih pendapat mengenai fahaman politik.


Saturday, July 7, 2012

Piala AFC B-22: Malaysia tidak protes, titah Sultan Pahang

0 comments
SULTAN Ahmad Shah bertitah mengesahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menghantar bantahan rasmi berhubung dakwaan Myanmar menurunkan pemain lebih umur pada pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun, yang berakhir Selasa lepas di Yangon.

Sehubungan itu, Presiden FAM bertitah agar tidak mempertikaikan umur mereka kerana "semua cerita telah selesai."

"Kita tak payah mempertikaikan berapa umur mereka. FAM tidak akan menyertainya kerana semua cerita telah habis dan kita tidak akan mengambil bahagian," titah baginda di sini, malam tadi.

Terdahulu baginda merasmikan temasya Sukan Malaysia ke-15 di Stadium Darul Makmur, Pahang.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, FAM tidak akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Azzuddin berkata, badan induk bola sepak negara itu juga tidak menghantar sebarang surat bantahan rasmi kepada AFC dalam tempoh bantahan 48 jam selepas perlawanan itu tamat pada pukul 7 petang, Selasa lepas.

"Antara sebab FAM tidak berbuat demikian kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Maklumat asas dan rasmi yang digunakan AFC adalah berasaskan data-data rasmi seperti pasport dan dokumen peribadi yang didaftarkan di AFC untuk kejohanan berkenaan. AFC juga mempunyai sistem pangkalan data sendiri Sistem Pentadbiran AFC.

"Saya ingin jelaskan bahawa penganjuran acara bola sepak pada Sukan SEA, Sukan Asia dan Piala Suzuki AFF, tidak terletak di bawah bidang kuasa AFC. Jadi apa-apa data yang ada semasa pendaftaran sukan itu tidak diambil kira oleh AFC, kerana ia di luar bidang kuasa mereka.

"Pihak sekretariat FAM juga kena berhati-hati supaya bantahan itu tidak akan memberi implikasi yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti FAM," katanya.

Malaysia membuat bantahan awal sejurus tamat perlawanan terakhir kumpulan G pusingan kelayakan kejohanan itu yang menyaksikan skuad kendalian Ong Kim Swee tumpas 1-2 kepada tuan rumah Myanmar.

Bantahan itu dibuat hasil pemerhatian dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa dan kelab Yangon United serta laporan media yang mendapati Myanmar membariskan empat pemain melebihi usia 22 tahun iaitu penjaring dua gol Myanmar ketika menentang Malaysia, Kaung Si Thu (25 tahun), kapten Kyaw Zayar Win (24), Ye Zaw Htat Aung (26) dan Thet Naing (23).

Azzuddin berkata, AFC telah menghantar surat jawaban kelmarin, terhadap protes yang telah dibuat pasukan Malaysia dan memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan FAM.

Keywords :
Piala AFC B-22 | Protes Umur Pemain Myanmar Lebih | FAM Tidak Protes | Bantahan Malaysia | Myanmar Pemain Lebih Umur |

Friday, July 6, 2012

Anwar: Pendirian bersara jika gagal PRU13 kekal

0 comments
Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
SHAH ALAM -  - Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian mahu berundur dan menyerahkan perjuangan politik kepada generasi muda sekiranya beliau gagal dalam misi mengemudi Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

Ketua Pembangkang ini menekankan perkara itu di sebalik gesaan anaknya, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin PR termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa barisan pembangkang masih memerlukan kepimpinan beliau.

"Ini cubaan saya yang terakhir. Jika kami menang, kami akan meneruskan. Jika tidak, biar generasi baru mengambil alih perjuangan.

"Biar saya bersara dan kembali kepada (kerja) mengajar," kata beliau pada ceramah yang di Rawang malam tadi.

Ceramah itu kemunculan pertama Anwar sejak temu bual dengan Financial Times baru-baru ini bahawa beliau akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, PR masih memerlukan khidmat Anwar untuk memastikan kemenangan pada PRU13.

Katanya, beliau tidak menafikan khidmat yang ditunjukkan ayahnya diperlukan dalam perjuangkan hak rakyat mendapatkan keadilan.

Dalam laporan Financial Times, Anwar dipetik berkata beliau menimbang akan bersara daripada politik sekiranya PR gagal merampas Putrajaya pada PRU13.

Katanya, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik iaitu mengajar sama ada di dalam ataupun luar negara.

Menurut Nurul Izzah, berkemungkinan kenyataan yang dikeluarkan lebih meminta keseluruhan jentera PR secara keseluruhannya menumpukan usaha dalam proses memenangi PRU13.

Bagaimanaun menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik.

"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri," katanya semalam.

Dr Mahathir berkata, kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU13, Ketua Pembangkang itu masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Dipetik The Malaysian Insider hari ini, Anwar yang muncul di dua lokasi ceramah di Selangor malam tadi berkata, beliau yakin PR akan menang kali ini.

"Saya yakin, insya-ALLAH, Pakatan Rakyat akan menang, kami akan mempertahankan Selangor dan menuju ke Putrajaya," katanya lagi.

Tambah Aura Seksi pada Diri anda

0 comments


UNGKAPAN seksi untuk wanita bagaikan pujian yang tinggi diterima oleh mereka. Bagi wanita, seksi itu ibarat mereka mempunyai daya tarikan tinggi terhadap lelaki.

Kebanyakan wanita merasa kurang seksi, meski bentuk tubuhnya sudah memenuhi kriteria. Jika mengalami kesulitan menggali sisi keseksian anda, cuba bangkitkan aura seksi dengan cara ini.

Berjalan telanjang
Jika anda tidak pernah berjalan di depan pasangan, maka cuba langkah yang satu ini. Mungkin anda akan merasa aneh pada awalnya dan akan tergoda untuk mengkritik diri sendiri. Semakin sering telanjang, anda akan semakin percaya diri di depan pasangan. Tidak mengenakan apa pun boleh membuat anda merasa seksi, alami, dan bersedia untuk apa pun.

Mempunyai banyak hubungan seks
Banyaknya hubungan seksual yang anda lakukan bersama pasangan, semakin baik anda rasakan sehingga membuat hubungan seks anda sebagai keutamaan. Kehidupan seks yang memuaskan memberikan keyakinan dan pandangan yang lebih positif terhadap kehidupan.

Bertanggung jawab di bilik tidur
Apakah anda mula jenuh atau bosan berhubungan seks? Cuba perkara baru dengan memasukkan godaan, rayuan atau cumbuan yang lebih menghairahkan dalam irama bercinta anda atau kejutkan suami anda dengan beberapa gerakan baru. Menjadi jauh lebih berani di antara kebiasaan yang membosankan dapat membantu anda agar lebih menyenangkan dan merasa lebih seksi.

Hargai tubuh anda
Jika anda membuang masa dan tenaga hanya dengan perhatian pada kelemahan anda, maka tidak diragukan lagi anda tidak akan pernah merasa seksi. Sebaliknya, hargailah apa yang tubuh anda lakukan selama ini. Semakin anda boleh melihat punggung, paha, kaki, lengan, dan perut sebagai sebahagian penting dari tubuh anda, semakin anda akan percaya diri dan merasa seksi.

Cintailah tubuh anda sepenuhnya.

Wednesday, July 4, 2012

Anwar ucap ‘selamat tinggal’ jika gagal PRU13

0 comments
Anwar ucap ‘selamat tinggal’ jika gagal PRU13 Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik jika pakatan pembangkang yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times.

Anwar, 65, berkata, selepas bersara, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik - mengajar.

Namun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak pula menyatakan sama ada akan mengajar di dalam atau di luar negara.

Anwar pernah jadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Sebelum dibawa menyertai Umno pada 1982 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri keempat, Anwar adalah pengasas dan tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur selain bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Umno tahun itu. Kedua-dua jawatan itu disandangnya sehingga dipecat pada 1998.

Dalam wawancara itu, Anwar mengaku sudah penat berusaha menawan Kerajaan Pusat sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia.

“Kami mempersembahkan manifesto, polisi dan sudah tentu jika kami mendapat mandat rakyat, saya akan teruskan. Jika tidak berjaya saya fikir mahu kembali mengajar,” katanya.

Kenyataan Anwar itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar pakatan pembangkang terutama kerana ia disuarakan ketika negara sedang menunggu Parlimen dibubarkan.

Anwar yang ketika ini difahamkan berada di luar negara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kenyataannya itu. Beliau bagaimanapun dijadualkan akan menghadiri satu program di Selayang hujung minggu ini.

Pada PRU12, kerjasama part-parti pembangkang diterajui Anwar mencatat sejarah besar dalam arena politik negara apabila berjaya meleburkan rekod penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional (BN).

Kerjasama itu membawa kepada pembentukan Pakatan Rakyat (PR).

Kerjasama itu juga menumbangkan BN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990.

Pada pilihan raya kecil Ogos 2008, Anwar bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dipilih sebagai Ketua Pembangkang.

Pada 16 September 2008, Anwar mengaku mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk menumbangkan kerajaan BN, namun ternyata ia tidak berlaku, sebaliknya beberapa wakil rakyat PR pula menyertai BN.

Kemudian, pada perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, pelbagai pihak menuduh Anwar cuba merampas kuasa dengan mengadakan rusuhan jalanan ala kebangkitan Arab Spring, namun tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemimpin PR.

Anwar dan beberapa lagi pemimpin PKR telah dikenakan beberapa tuduhan berkenaan Bersih 3.0 dan jika didapati bersalah, beliau boleh dijatuhi hukuman penjara dua tahun, sekali gus statusnya sebagai wakil rakyat gugur.

Tuesday, July 3, 2012

UNTUK KAUM WANITA

0 comments

Sunday, July 1, 2012

Sepanyol 4-0, juara Euro kali ke-3

0 comments

Euro 2012: Perang Euro bermula, siapa bakal juara?
trofi eurp
Pemain-pemain Sepanyol menjulang trofi Euro 2012 di Kiev, Ukraine. - Foto ihsan BBC

Perjalanan Jadual Euro 2012
[DIKEMAS KINI JAM 5 PAGI] 

 Sepanyol mencipta sejarah dengan memenangi tiga gelaran utama berturut-turut termasuk kejuaraan Euro buat kali kedua.
Sepanyol mengatasi Itali 4-0 untuk mengekalkan gelaran Euro di Stadium Kiev, Ukraine sebentar tadi menerusi jaringan yang berkualiti dan menarik serta menghiburkan para penontotn di arena itu dan seluruh dunia.

Kemenangan ini juga bermakna kerana Sepanyol muncul juara Kejohanan Eropah buat kali ketiga. Pada 2010, Sepanyol muncul juara Piala Dunia.

Trofi disampaikan oleh Presiden Uefa, Michel Platini di Stadium Olimpik, Ukraine yang menghimpunkan 65,000 penonton. Ukraine dan Poland menganjurkan secara bersama edisi Euro kali ini.

Euro 2016 akan berlangsung di Perancis.
Kejayaan berpesta gol ini juga mengikis kritikan dan kecaman bahawa Sepanyol gagal menyajikan persembahan yang menghiburkan kali ini.

Itali dan Sepanyol telah pun bertemu pada perlawanan peringkat kumpulan, tetapi bilangan gol pada hari ini sesuatu di luar dugaan ketiga ramai meramalkan Itali akan mengatasi Sepanyol.

Bilangan gol itu juga dilihat sesuatu 'yang malang' apabila Itali bermain 10 orang selepas Thiago Motta terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan dialaminya. Ketika itu Itali sudah pun membuat tiga pertukaran.
Itali menggantikan Chiellini dengan Balzaretti pada minit ke-21, Cassano (Di Natale, 46) dan Montolivo (Motta, 56).

Sepanyol juga menggunakan tiga pemain gantian iaitu Iniesta digantikan oleh Mata (87). Sebelum itu,. Fabregas digantikan oleh Torres (75) dan Silva (Pedrito, 59).
Gol pertama Sepanyol dijaringkan oleh David Silva pada minit ke-14 dan disusuli jaringan Jordi Alba pada minit ke-41. Gol ketiga dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke-84 dan disusuli gol minit ke-88 menerusi Juan Mata. 

Sepanyol turun untuk mencipta nama sebagai negara yang memenangi tiga gelaran antarabangsa berprestij secara berturut-turut - Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 serta Euro 2012.
Itali pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan di samping  memasang impian untuk mengulangi sejarah 1968. 
 
 
Senario di arena:
 
90+4: Sepanyol lakar sejarah dengan mempertahankan kejuaraan edisi kali ini. Juara 2008 dan 2012.
 
90: Sepanyol terus melakukan serangan. Itali semakin hilang semangat dalam mencipta jaringan.
 
89: Stadium semakin riuh dengan sorokan penyokong Sepanyol. Itali kelihatan kecewa apabila terus gagal menjaringkan gol.

88: Juan Mata menjaringkan gol keempat Sepanyol
 
84: Gol ketiga dijaringkan oleh Fernando Torres.
77: Sepanyol berada dalam kedudukan ofsaid, hampir menjaringkan gol ketiga.
75: Francesc Fabregas digantikan oleh Fernando Torres.
 
74: Perlawanan semakin rancak - Itali terus terdesak mencari gol manakala Sepanyol hampiri pertahankan kejuaraan

73: Gawang Itali cemas apabila sepanyol hampir melebarkan jurang mata-berjaya dipatahkan
 
71: Penyokong sepanyol terus bersorok riang
 
70: Tinggal lagi 20 minit perlawanan - kedudukan masih 2-0.
 
69: Sepanyol mengawal bola - cuba mencari peluang melakukan asakan
 
67: Itali semakin terdesak mencari gol - terus melakukan serangan.
 
65: Serangan Sepanyol berjaya diselamatkan oleh pertahanan Itali.
 
64: Handball oleh Mario Balotelli. Gerard Pique sempurnakan 'direct free kick'
62: Itali tidak berputus asa untuk menjaringkan gol. Tendangan cuma Itali gagal disempurnakan.
 
61: Kedudukan gol Sepanyol (2) - Itali (0).
 
58: Rodriguez Pedro menggantikan David Silva (penjaring gol pertama Sepanyol).
 
57: Tendangan percuma kepada Itali berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Sepanyol.

56: Thiago Motta dibawa masuk menggantikan Ricardo Montolivo

55: Serangan Sepanyol berjaya dihalang pertahanan Itali

54: Penyerang Itali, Mario Balotelli nyata kecewa apabila pengadil menyatakan mereka dalam keadaan ofsaid

53: Sepanyol mula melakukan asakan untuk terus selesa di depan, namun dihalang oleh pemain-pemain Itali
 
51: Itali terus menguasai perlawanan dengan melakukan serangan ke gawang Sepanyol
 
50: Statistik perlawanan: 47 peratus dikuasai Sepanyol, 53 peratus oleh Itali.
 
50: Itali hampir menjaringkan gol pertama namun diselamatkan oleh Iker Casillas

49: Mario Balotelli cuba menyerang tapi dihalang oleh dua pemain Sepanyol

48: Jurulatih Itali, Cesare Prandelli kelihatan gelisah di luar padang
 
47: Sepanyol hampir menyumbat gol ketiga tetapi dapat diselamatkan oleh pemain pertahanan Itali. Tendangan sudut kepada Sepanyol.
 
46: Itali melakukan serangan ke atas Sepanyol-gagal membolosi gawang
 
46: Cassano diganti oleh Di Natale. 
 
45: Perlawanan separuh masa pertama sudah berakhir.
 
44: Andrea Barzagli dilayang kad kuning.

41: Gol kedua Sepanyol menerusi Jordi Alba. Itali terus tersentak dengan dua jaringan Sepanyol. Peminat Itali nyata kecewa apabila pasukannya ketinggalan di belakang. Kedudukan menjadi Sepanyol 2 di depan.

38: Perlawanan terus rancak-sepanyol selesa di depan manakala Itali terus mencari peluang menjaringkan gol

37: serangan Itali berjaya dipatahkan sepanyol-hampa untuk mencari gol penyamaan. Tendangan kencang Mario Balotelli melambung tinggi.
 
35 - Statistik perlawanan: 48% dikuasai Sepanyol, 52% Itali. Ada perubahan berbanding minit ke-30. Kedudukan masih sama 1-0, Sepanyol di depan. Sasaran ke gawang, 6 di pihak Sepanyol dan 5 oleh Itali.
 
30: Statistik perlawanan: 54% dikuasai Sepanyol, 46% Itali. Kedudukan masih sama 1-0, Sepanyol di depan.
 
29: Serangan Itali gagal mencari gol penyamaan apabila di selamatkan penjaga gol Sepanyol.

26: Itali cuba mencari gol penyamaan tapi gagal apabila serangan dipatahkan pertahanan Sepanyol

25: Sepanyol melakukan asakan namun pertahanan rapuh Itali berjaya menyelamatkan daripada dibolosi kali kedua

24: Kedua-dua pasukan terus mengasak kubu masing-masing
 
20: Kedudukan masih kekal 1-0

19: Gawang Itali cemas apabila terus di asak oleh Sepanyol-berjaya diselamatkan oleh pertahanan Itali.

18: Perlawanan semakin rancak dari kedua-dua pasukan

17: Itali menemui rentak-terus melakukan serangan ke atas Sepanyol. Tendangan sudut kepada Itali-berjaya diselamatkan penjaga gol Sepanyol

15: Tendangan percuma dari Itali-gagal membolosi gawang sepanyol kerana tersasar

14: Gol pertama oleh sepanyol oleh David Silva. Kedudukan sepanyol mendahului 1-0

12: Sepanyol mempamerkan aksi cemerlang-terus mendominasi perlawanan dengan asakan ke gawang Itali

11: Kedudukan masih 0-0
 
 
9: Sepanyol melakukan percubaan pertama di dalam kotak penalti tapi gagal menjaringkan gol awal

7: Sepanyol terus menguasai perlawanan dengan melakukan serangan bertubi-tubi
 
7: Statistik perlawanan: Penguasaan permainan / bola 50:50 setakat ini
 
6: Sepanyol terus mengasak tetapi dikekang pertahanan Itali
 
5: Tendangan percuma kepada Sepanyol
 
3: Sepanyol melakukan serangan balas ke arah gawang Itali - berjaya dipatahkan pertahanan The Azzuri

1: Serangan awal dilakukan Itali ke gawang Sepanyol - tapi tendangan melambung tinggi

00.1: Pperlawanan bermula-sepak mula oleh Sepanyol
 
 

Statistik perlawanan (Separuh masa kedua):

- Kedudukan gol: Sepanyol (4) - Itali (0)

- Penguasaan bola: Sepanyol (51%) - Itali (49%)

- Sasaran ke gawang: Sepanyol (14) - Itali (11)

- Sepakan penjuru: Sepanyol (3) - Itali (3)

- Kad kuning: Sepanyol (1) - Itali (1)
 
 
 
 
Barisan pemain Sepanyol:
 
1  Iker Casillas
17 Alvaro Arbeloa
15 Sergio Ramos
18 Jordi Alba
8  Xavi Hernandez
16 Sergio Busquets
14 Xabi Alonso
21 David Silva
10 Cesc Febregas
6  Andres Iniesta
 
 
Barisan pemain Itali
 
1  Gianluigi Buffon
6  Federico Balzaretti
15 Andrea Barazagli
19 Leonardo Bonucci
3  Giorgio Chiellini 
8  Claudia Marchisio
18 Ricardo Montolivo
16 Daniele De Rossi
21 Andrea Pirlo
9  Mario Balotelli
10 Antonio Cassano
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...