Saturday, June 30, 2012

Kereta kabel tidak berbumbung

0 comments
 
SEJUMLAH orang menaiki kereta kabel yang tidak berbumbung di kawasan pergunungan Stanserhorn dekat Lucerne semalam.
 
LUCERNE, Switzerland - Sejumlah orang menaiki kereta kabel yang tidak berbumbung di kawasan pergunungan Stanserhorn dekat sini semalam.

Para penumpang juga boleh melihat pemandangan Tasik Lucerne dari tingkat atas kereta kebal tersebut.- Agensi

Hairie: ‘Saya pilih Pas kerana perjuangan sandarkan al-Quran, Sunnah’

0 comments
Hairie: ‘Saya pilih Pas kerana perjuangan sandarkan al-Quran, Sunnah’
Perjuangan Pas yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah adalah faktor utama yang mendorong hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman, 41, mengambil keputusan untuk menyertai parti itu.

Walaupun mengakui tindakan yang diambil itu berisiko dengan kemungkinan berhadapan ketandusan tawaran berlakon pada masa akan datang, Hairie redha dan menganggap keputusan itu tepat.

“Apabila saya memilih untuk bersama Pas, ramai rakan artis bertanya kenapa saya mengambil keputusan ini kerana mereka menganggap saya tidak akan mendapat tawaran berlakon lagi.

“Mereka tanya apa yang saya mahu buat selepas ini. Saya beritahu mereka saya akan keluar berceramah dan saya yakin rezeki ALLAH ada di mana-mana. Saya percaya dan yakin dengan perjuangan berlandaskan Islam adalah benar," katanya yang mengakui keputusan tersebut bukan atas paksaan mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Tahlil dan Munajat di Dataran Dahlia, Taman Dahlia di sini, malam tadi.

Hadir sama, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Pada program berkenaan Hairie turut menyerahkan borang keahliannya kepada Nik Aziz sambil diperhatikan kira-kira 5,000 pengunjung yang hadir sekali.

Hairie yang sudah bergiat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun berkata, penyertaannya dalam Pas bukan bermaksud dia sudah tidak lagi menerima tawaran berlakon seperti dahulu, malah akuinya, dia kini lebih popular.

“Ada yang dakwa saya sudah jadi pelakon suam-suam kuku, sebab itu saya pilih Pas. Namun, saya begitu terharu dengan kehadiran ramai orang pada malam ini. Saya rasa jadi 'lebih artis' berbanding sebelum ini,” katanya.

Hairie berkata, jadual hariannya kini juga padat sejak minggu lalu bagi memenuhi undangan bersama Pas di merata-rata tempat.

“Kali pertama bertemu Tok Guru, beliau bertanya sebab apa saya mahu masuk Pas. Saya jawab saya ingin berubah. Saya pilih Pas, tiada niat apa-apa.

“Saya hanyalah penyokong kepada perjuangan yang berlandaskan Islam dan bukan bersifat perkauman atau bangsa," katanya.

Wednesday, June 27, 2012

LELAKI POTONG KEMALUAN SENDIRI DAN MASAK KEPADA TETAMU

0 comments
Lelaki Potong Kemaluan Sendiri Dan Masak Kepada Tetamu. Seorang lelaki jepunmenjalani pembedahan membuang kemaluannya sebelum memasak senjata sulitnya itu dan menyajikannya kepada lima tetamunya.

Mao Sugiyama, 22, lelaki aseksual, secara sukarela menjalani pembedahan untuk membuang kemaluannya. Bagaimanapun, pelukis ilustrasi itu membawa pulang kemaluan dan buah zakarnya dari hospital dan mengadakan parti. Dia mengenakan bayaran sebanyak RM640 terhadap setiap tetamu untuk memakan kemaluannya yang dihiasi dengan cendawan dan daun parsli di Tokyo.

Sebelum menikmati makanan itu, tetamu duduk untuk mendengar mainan piano dan mengambil bahagian dalam satu perbincangan, lapor CalorieLab.com. Sugiyama memasak sendiri kemaluannya dengan dipantau seorang chef.



Dia menawar untuk berbuat demikian dalam laman Twitternya kepada seorang tetamu dengan mengenakan bayaran sebanyak RM4,000 tetapi kemudian mengambil keputusan membahagi-bahagikan ‘makanan’ itu kepada lima tetamu.

“Saya menawarkan kemaluan saya (zakar, buah zakar dan kantung zakar) untuk dimakan dengan harga 100,000 yen (RM4,000). Saya warga Jepun.

“Saya menjalani pembedahan untuk membuang organ itu. Saya disahkan bebas daripada sebarang penyakit kelamin. Organ itu berfungsi normal dan saya tidak pernah menjalani rawatan hormon wanita.

“Pembeli pertama yang berminat akan memperolehnya. Saya juga bersedia menjualnya kepada sekumpulan pembeli. Saya akan memasak seperti yang dikehendaki pembeli di lokasi yang dipilih mereka. Jika ada soalan, sila hubungi saya menerusi e-mel,” tulisnya dalam laman Twitter.

Kira-kira 70 orang hadir pada acara itu yang diadakan di daerah Suginami di Tokyo. Ketika lima orang memakan kemaluan Sugiyama, yang lain makan daging lembu atau buaya.



Mereka yang memakan kemaluan itu ialah pasangan suami isteri berusia 30 tahun, seorang wanita 22 tahun, seorang lelaki 32 tahun dan perancang majlis, Shigenobu Matsuzawa, 29.

Sugiyama meminta tetamunya menandatangani surat yang menyatakan dia tidak akan didakwa sekiranya mereka sakit selepas memakan kemaluannya.

Penganjur parti itu berjenaka sebelum acara berkenaan dengan berkata, dia akan menyiarkan resipi masakan itu menerusi Internet.

CalorieLab.com memetik seorang tetamu sebagai berkata, kemaluan itu liat dan tidak mempunyai rasa.
Polis Suginami yang dihubungi enggan melakukan siasatan dengan alasan ia tidak melanggar undang-undang. Sugiyama juga menjalani pembedahan membuang puting teteknya.

Selaku aseksual yang tidak berminat terhadap kegiatan seks, Sugiyama tidak akan menggantikan kemaluannya dengan kemaluan tiruan.



p/s: agak2 nya la..kenapa Allah s.w.t. menurunkan bala tsunami ke jepun?

Tuesday, June 26, 2012

Jet Supersonic Terbaru Pengganti Concorde

0 comments

Bagi mereka yang sering ke luar negara menaiki kapal terbang, ini mungkin berita baik untuk korang..Sebuah jet supersonik yang berkebolehan mengatasi kelajuan pesawat Concorde yang terdahulu akan dibina dengan kerjasama Boeing, Gulfstream dan Nasa..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..

Pesawat ini akan dibina dengan menggunakan bahan komposit yang lebih ringan, enjin yang lebih maju dan fiuslaj yang lebih kecil yang membolehkan ia mampu bergerak 2 kali lebih pantas daripada Concorde, yang hanya boleh bergerak selaju 1,358mph sahaja, menurut Sunday Times.

Penumpang yang menaiki pesawat ini akan merasai perjalanan yang bergerak selaju lebih daripada 2,485mph, di mana membolehkan mereka merasai perjalanan mewah dari London ke Sydney yang terletak 12,000 batu jauh nya.

Pada masa ini, jet subsonik eksekutif yang terpantas, iaitu jet terbaru daripada Gulfstream, G650 hanya mampu terbang pada jarak  7,000 batu pada 646mph dan mempunyai kelajuan tertinggi hanya 704mph.

Pesawat supersonik dengan 12 tempat duduk ini dijangka akan dijual dengan harga US$80 juta setiap satu dan ia sedang dalam proses pemasaran kepada pembeli di seluruh Eropah dan Timur Tengah di bawah slogan "Pergi ke Amerika dan pulang semula pada hari yang sama (pada waktu kerja)"

Cabaran jet ini bukan sahaja kepada masalah teknikal nya, malah para pembina perlu menyakinkan kepada ahli-ahli politik bahawa jet supersonik ini boleh digunakan oleh orang ramai.

Walaubagaimana pun, masalah bunyi supersonik yang membingitkan ini juga akan diselesaikan dengan secepat mungkin. Pada bulan Januari yang lepas, pihak NASA telah mengeluarkan imej hasil ujian di terowong angin yang mencadangkan bunyi letupan supersonik hampir boleh dikurangkan dengan menggunakan sayap yang super-nipis dan enjin yang tersembunyi.

Ledakan kuat bunyi letupan supersonik ini telah memaksa pesawat Concorde untuk mengambil laluan jauh daripada daratan dan ia telah merosakkan peluang komersil. Pesawat ini terbang untuk kali yang terakhir pada November 2003.

p/s : Pergh.. macam mane la rasa naik jet nih..

Tanda Kehebatan Seks Wanita

0 comments
Untuk mengukur sejauhmana kehebatan seks anda, perilaku dan tindak-balas pasangan dapat memberikan petunjuknya untuk anda. Ada beberapa tanda yang menunjukkan aksi seks anda hebat dan si dia berpuas hati olehnya....

- Si dia meramas tangan dan kakinya.
Ini adalah tanda fizikal yang menunjukkan bahawa lelaki merasa berpuas hati. Kalau masa bercinta, anda mencari tanda ini dalam diri suami, berikan waktu untuknya agar boleh sedikit meredakan kenikmatan supaya aktiviti seks anda bertahan lebih lama.

- Si dia ingin melakukannya lagi.
Ketika merasa berpuas hati dengan aksi anda, si dia takkan boleh melupakannya. Bahkan hanya dengan memikirkan aktiviti seks yang baru saja anda dan dia lakukan, pasangan akan cepat terangsang dan memintanya lagi.

- Si dia menggoda anda.
Tanda-tanda lain yang menunjukkan kehebatan aksi anda di antaranya dia tak berhenti memikirkan aktiviti seks yang baru saja berakhir. Kerana si dia akan terus menerus menggoda anda selepas itu, berharap dapat menikmati lagi aksi anda.

- Si dia lebih sensitif.

Tanda kalau anda berjaya tampil memuaskan saat bercinta adalah si dia berkelakuan lebih sensitif sepanjang hari. Jangan hairan jika suami menghantar mesej ringkas yang mesra atau bahkan menggoda, disaat dia sedang bekerja. Perilaku yang boleh jadi jarang anda temui darinya.

- Si dia mengatakan anda hebat.
Ungkapan verbal seperti ini tentu tak boleh dibantah lagi. Anda tak perlu ragu-ragu kerana si dia langsung menunjukkannya kepada anda. Hal ini dilakukannya agar anda tetap menjaga kehebatan bercinta.

- Anda merasa puas.
Jangan hanya mengukur sejauh mana kehebatan seks dari sisi lelaki. Anda juga perlu melihat ke dalam diri. Kalau anda merasakan kepuasan atau kenikmatan setelah bercinta, ini juga petanda anda mempunyai seks yang hebat.

- Si dia cuba gaya baru.

Lelaki punya pandangan kompetitif yang tinggi. Kalau si dia mengajak anda menjelajah gaya bercinta yang benar-benar baru, ertinya si dia ingin menunjukkan aksinya dan kehebatannya untuk mengimbangi anda. Misinya, membuat anda merasa berkesan terhadapnya. Selain juga tentunya si dia ingin memuaskan anda seperti anda telah memuaskannya. Namun jangan takut bicara jika ternyata gaya baru tersebut bikin anda merasa tak selesa dan tak menikmati hubungan seks. Dengan panduan dari anda, si dia juga boleh beraksi sama hebatnya seperti anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...