AIR ITAM - DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan
tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan
sama sekali.
“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi
saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan
apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya
kepada media semalam.
Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit
Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai pelaksanaan
hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.
“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.
“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum
hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak
boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut memberi amaran
kepada MCA agar tidak berterusan memainkan isu hukum hudud di negara ini
kerana menyifatkannya sebagai membuang masa dan tidak akan
dilaksanakan.
“Hentikanlah apa yang dikatakan. Perkara ini (pelaksanaan hudud) tidak akan di laksanakan di negara ini.
“Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam
perlembagaan namun perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama
sekali," katanya ketika mengulas kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA,
Loh Seng Kok yang mendakwa Karpal sebagai orang menurut perintah ( yes
man) kepada Pas.
Seng Kok turut menggesa Guan Eng dan Kit Siang supaya meletak jawatan
kerana gagal menghalang matlamat Pas dari meneruskan cita-cita itu.
______________________________________________________________________________
Kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang
diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan
tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
0 comments:
Post a Comment